Info

Padah Zakar Tegang Terlalu Lama

Seorang ahli perniagaan, yang menderita daripada masalah �tegang� selama tiga minggu, telah diselamatkan oleh doktor-doktor bedah di Kolkata, India, selepas menjalani satu operasi pembedahan.

Lelaki berusia 55 tahun itu terpaksa melakukan pembedahan kecemasan selepas zakarnya mengeras dan �tegang� selama 21 hari. Menurut laporan The Sun, operasi pembedahan selama sejam itu berjaya, tetapi ia menyebabkan lelaki itu mati pucuk.

�Lelaki ini mendapatkan rawatan terlalu lewat,� Doktor Avishek Mukherjee berkata.

�Rawatan seperti ini perlu dilakukan dalam masa enam jam, jika tidak ia boleh menyebabkan kepada kematian, selain kemerosotan kemampuan zakar,� jelasnya lagi.

Para doktor percaya bapa kepada dua orang anak ini menderita suatu simtom yang dipanggil priapism, yang dicetuskan oleh gangguan sistem saraf, dan mencegah darah daripada mengalir keluar daripada zakar.

�Semasa ia menegang, aliran darah terhenti,� katanya.

�Jadi, ia terus �tegang� selama lebih daripada satu jam, dan bekalan oksigen kepada zakar berkurangan dan boleh merosakkan organ. Jika bekalan ini terus tersekat lebih lama, zakar boleh menjadi busuk.

�Kami menyalirkan darah keluar dan melegakannya,� Dr Mukherjee menambah.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Artikel ini dipetik dan diterjemahkan drp sumber berikut:

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/2876365/Between-a-doc-and-a-hard-place.html